icon-search
icon-search

Sepang


Banyak yang bertanya, Sepang, Sungai Pelek dan Salak begitu berdekatan dengan KLIA, ada apa yang seronok dikunjungi dan enak dimakan?

Jarak ketiga-tiga pekan kecil ini hanyalah 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa. Di sinilah Kampung Buah Naga (Dragon Fruit) Malaysia, disertai dengan pelbagai buah-buahan tropika. Bagi mereka yang mengemari ikan, jangan lepasi peluang menikmati masakan laut yang segar. Tidaklah ketinggalan ikan bakar, nasi ambeng, nasi lemak yang digemari ramai, dan kopi di Sepang sungguh beraroma.

Tebing Sungai Sepang merupakan salah satu kawasan hutan simpanan paya bakau yang penting di Semenanjung Malaysia. Menerokai “Laluan Hijiau” hutan paya bakau dengan menaiki bot, alamilah kehijauan sungai ibunda yang dinamik.

Mengunjung ke kawasan pinggir laut, mestilah turun ke pantai pasir, berjalan sepangjang Pantai Bagan Lalang, menikmati tiupan angin yang nyaman, serta menyaksikan kecantikan matahari terbenam, bawalah balik bersama memori kepulauan Nusantara yang takkan dilupai.

Bulan Julai dan Ogos ialah musim durian. Cubalah durian berjenama Gabai keluaran Sepang, durian kampung di sini pun tak kurang hebatnya.

Tertarik dengan kecantikan burung berhijrah? Sekitar bulan Oktober ialah masa yang paling sesuai untuk mengunjungi Sungai Sepang bagi menjalani aktiviti pemerhatian burung.

Inilah Sepang, Sungai Pelek dan Salak, begitu “ECO”! Di samping penghasilan makanan laut dan buah-buahan yang kaya, ekosistem semulajadinya masih dijaga dengan begitu baiknya. Jom! Marilah kunjungi kami di Sepang!

Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Ahli Dewan Negeri DUN Sungai Pelek


Variasi Produk Pelancongan Ditawarkan di Daerah Sepang

Daerah Sepang yang terletak di bahagian barat daya negeri Selangor, terdiri daripada Sepang, Sungai Pelek dan Salak. Ia merupakan salah satu kawasan yang terdekat dengan ibukota, Kuala Lumpur. Daerah Sepang meliputi kawasan seluas 599.7km².

Memandu dari Kuala Lumpur ke Sungai Pelek hanya memerlukan satu jam empat puluh lima minit. Menuju ke KLIA menerusi Lebuhraya ELITE (E6) yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (E2), kemudian menuju ke Jalan Negeri B48 dan memasuki Jalan Persekutuan 5 di Bandar Sepang. Ikutlah jalan ini sehingga sampai di AVANI Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Sungai Pelek.

Sepang mempunyai Litar Antarabangsa Sepang, Mitsui Outlet Park KLIA dan Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal di kalangan pelawat antarabangsa. Sepang juga mempunyai kawasan penanaman buah naga(dragon fruit) yang terbesar di Malaysia.

Terdapat kebun buluh yang indah dalam D’Rebung untuk pelancong mangambil gambar.

Ikan yang dijual dalam Sungai Pelek memang segar dan harga murah.

Avani Sepang Goldcoast Resort

Buah naga merupakan salah satu barang menarik di Sepang.

Di Banghuris Homestay Sepang dan Kampung Bagan Lalang pula, banyak ciri-ciri tradisi Melayu terpelihara dan patut dikunjungi. Banyak tempat pelancongan dan makanan enak yang kurang diketahui ramai, bakal menjadi tarikan bagi pelancong ke Sepang.

Sepang dan Sungai Pelek sebagai pekan pinggir pantai, yang juga merupakan kawasan penanaman buah naga yang utama di Malaysia, buah naga dan makanan laut telah menjadi simbol pelancongan yang penting di sini.

Pengusaha-pengusaha di sini juga memproses pelbagai produk buah naga seperti enzim buah naga, kerepek buah naga dan buah-buahan tropika. Pengunjung jangan terlupa bawa balik produk-produk istimewa Sepang ini.

Bagi pengunjung ke Bagan Lalang, anda dapat membeli pelbagai makanan laut yang segar di pasar umum, pasar ikan atau jeti dan kelong yang anda lawati.


Kampung Buah Naga dan kebun buah-buahan tropika

Sepang terkenal dengan buah naganya yang bermutu tinggi. Keluasan kawasan penanaman di Sepang dan Sungai Pelek adalah lebih kurang 800 ekar. Batu Satu, Jalan Persekutuan 5, Sepang kini dikenali sebagai “Jalan Buah Naga”, di mana kebun-kebun buah naga terbaris di sepanjang jalan.

Sebagai suatu kawasan pertanian yang utama, Sepang menghasilkan produk pertanian yang beraneka jenis, seperti Durian Gabai (D194), nanas, longan, tembikai susu dan sebagainya. Banyak kebun buah-buahan ini buka kepada pelawat.

Sepang Corner Health Fruits and Florist

PT3892, Kampung Batu 1, Jalan Sepang-Sungai Pelek, 43900 Sepang, Selangor.
+6017-6611322

HL Restaurant & Cafe

Lot 7608, Jalan Besar Batu 1, 43900 Sepang, Selangor.
+6012-3141712

Multi Rich Pitaya

A-126, Kampung Baru Batu 1, 43900 Sepang, Selangor.
+6016-6668736 / 018-2333907

AMC Sama Sdn. Bhd.

Lot 7606, Jalan Besar Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor.
+6019-8886690

Wan Tee Longan Malaysia

Lot 594, Lapis 8/9, Jalan Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
+6012-3852728 / 012-3595462



Tempat penginapan di Pantai Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang merupakan pantai yang paling cantik di negeri Selangor, tempat yang ideal untuk menyaksikan kecantikan langit semasa matahari terbenam.

Bilik-bilik rumah peranginan AVANI Sepang Goldcoast Resort, Sepang yang dibina di atas paras air laut, menawarkan pemandangan yang unik di mana ia memamerkan bentuk pokok palma gergasi.

AVANI Sepang Goldcoast Resort

67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor.
+603-31823600

Bagan Lalang juga menawarkan Seri Bayu Resort Hotel dan pelbagai homestay untuk pilihan penginapan anda.

Seri Bayu Resort Hotel

Lot 4756, PT3076, Jalan Persiaran Sri Bayu, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor.
+6012-6705018


Menerokai hutan bakau dan aktiviti memancing di Sungai Sepang 

Sepanjang Sungai Sepang di Bagan Lalang, Sungai Pelek, terdapat hutan paya bakau yang tebal, bagi sesiapa yang menggemari aktiviti memancing dan ekologi hutan paya bakau.

Terdapat beberapa operator jeti yang menawarkan perkhidmatan mengunjungi kelong di muara dan pinggiran sungai, memancing di rumah rakit dan pelayaran bot sungai. Mungkin juga anda bersempatan bertemu dengan burung helang, burung bangau, berang dan burung berhijrah semasa menerokai “Laluan Hijau” dalam hutan paya bakau.

Cara membeli ikan di kelong berlainan dengan apa yang berlaku di darat, pemancingan secara diri-sendiri adalan dibenarkan di kelong, harga disebut setelah berat ikan dihitung. Banyak restoran di Sepang menawarkan perkhidmatan memasak hidangan ikan segar yang dibawa oleh pelanggan sendiri.

Outdoorgate Solutions pula menyediakan aktiviti berkayak menerokai hutan bakau. Bermula dari Jeti Sirip Biru di Bagan Lalang, di bawah pimpinan pemandu pelancong yang terlatih, nikmatilah pengalaman atas sungai yang menggabungkan sukan berkayak dan ekopelancongan.

Jeti Sirip Biru | +6019-2060443
Jeti Seri Emas Angler | +6019-6683311
Jeti Wak Sempuh | +6019-2699924
Rumah Rakit Pak Itam | +6017-2500916
Rumah Rakit Ewan Sepang Besar | +6017-6746030
Jeti / Rumah Rakit Pak Lim | +6017-3661023
Outdoorgate Solutions | +6013-4851228 / 016-2022331

Outdoorgate Solutions menawarkan peluang untuk pelancong berkayak di hutan bakau.

Laluan Hijau.

Rumah rakit buka untuk pelancong yang suka memancing. 

Jeti Sirip Biru.

Dengan melayari bot di Sungai Sepang, dapatlah kita menikmati keindahan hutan bakau.

Pelancong boleh memancing ikan secara diri-sendiri di kelong sini.


Menikmati suasana nyaman di kampung

Banghuris Homestay Sepang melingkungi Kampung Hulu Chuchoh, Kampung Bukit Bangkong dan Kampung Hulu Teris. Kebun buluh yang terletak di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh merupakan tempat tarikan pelancong yang tidak boleh diabaikan semasa melawat ke Sungai Pelek. Setelah puas mengambil gambar di dalam kebun buluh yang menawarkan pandangan istimewa, jangan lupa menikmati nasi ambeng di Restoran D’Rebung.

Di sekitar Banghuris terdapat beberapa buah homestay, pelbagai aktiviti tradisi kampung disediakan untun pengunjung, seperti permainan gasing, sukan memanah dan menyumpit, layang-layang, congkak, aktiviti canting batik, persembahan silat dan cempuling.

Di sini terdapat beberapa buah kilang memproses kerepek ubi, aktiviti lawatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) boleh diatur. Lain-lain lawatan IKS termasuk kilang mee, tauhu, tempe dan makanan sejuk beku, manakala lawatan agro yang boleh diatur pula termasuk kebun getah (menoreh dan proses getah keping), kopi (memproses kopi tradisional), sawit (mengait buah sawit), buluh (memproses rebung madu) dan buah naga.

Banghuris Homestay Sepang

Haji Basir bin Wagiman | +6013-3003942
Misriah bt Natijo | +6019-3919547
Azizi bin Haji Basir | +6019-6497655
Azman bin Ngahtomin | +6019-3471888
Norzilah binti Selamat | +6016-3443111

Nasi Ambeng D’Rebung

+6011-65258182

Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd.

+603-31414120 / 012-3652096


Tarikan dari darat ke langit

Litar Antarabangsa Sepang terkenal di arena dunia dengan traknya yang indah. Pakej yang disediakan untuk pengunjung termasuk lawatan ke grandstand, granstand VIP, bilik kawalan dan Muzium Automobil Nasional.

Litar Antarabangsa Sepang

Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor
+603-87782200 | 9am-6pm (Isnin-Jumaat)

Diskaun yang menarik sentiasa menunggu anda di Mitsui Outlet Park KLIA! Mitsui Mitsui Outlet Park KLIA terkenal di kalangan pelancong membolehkan mereka membeli produk mewah berjenama dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh bersarapan di premis ini yang menawarkan makanan enak termasuk makanan Melayu, Cina dan Barat serta café.

Mitsui Outlet Park

Persiaran Komersial, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.
+603-87779300 | 10am-10pm

Singgahlah di “Aunjung Spotter” yang dibina dalam lingkungan 10km² KLIA, yang membolehkan pengunjung mengambil gambar kapal terbang sedang berlepas atau mendarat dari jarak dekat. Anjung Spotter merupakan suatu tarikan istimewa di Sepang bagi pelancong untuk melihat pesawat dengan jarak yang dekat.

Anjung Spotter

Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor
7am-7pm


Sepang enak dan sedap

Sepang dan Sungai Pelek terletak di kawasan pinggir pantai, masakan laut yang enak boleh dinikmati di restoran-restorant sini. Ikan yang dipancing oleh diri anda juga boleh dibawa ke restoran tersebut untuk dimasak mengikut kehendak anda. Restoran ikan bakar memang popular di pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek!

Senandung Malam Seafood

Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor. | +6017-3432908
5.30pm-12.30pm (Isnin-Jumaat)
5.00pm-1.00am (Sabtu-Ahad)

Bagan Lalang Seaview Restaurant

Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor. | +6012-2534664
6.00pm-12.00am

Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Jalan Besar, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. | +6018-3813540
11.00am-4.00pm

Ikan Bakar D’Bagan

Lot 1133, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor. | +6014-2208223
5.00pm-12.00am

Razak Patin Tempoyak

Lot 378, Jalan Besar, Kampung Salak TInggi, 43900 Sepang, Selangor. | +6017-3537675
6.30am-5.00pm

Restoran Bayu Malam

Jalan Besar, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. | +6017-4431647
5.30pm-1.00am


Download Sepang Map

Download Attraction in Sepang - Google Map

Plan your trip with our map


 

您的购物车目前还是空的。
继续购物